Ciri-ciri stesen Stesen_Monorel_Bukit_Nanas

Lokasi

Stesen Monorel Bukit Nanas terletak di sepanjang Jalan Sultan Ismail.

Pelan stesen

L1
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
MR Arah Selatan8 KL Monorail menghala ke  MR1  KL Sentral (Raja Chulan)
MR Arah Utara8 KL Monorail menghala ke  MR11  Titiwangsa (Medan Tuanku)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
MAras LegarMesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras TanahPintu masuk/keluar, laluan pejalan kaki ke 5 Dang Wangi, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras mezzanin dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Monorel KL. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti blok sentuh di lantai dan lif.

Perkhidmatan Bas

Bas RapidKL laluan BET7, 300, 303 dan bas percuma GoKL Biru berkhidmat di stesen ini.